Selamat Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,

Untuk makluman pihak usahawan tani yang dihormati sekalian, pihak Idealogic Sdn Bhd amat berbesar hati serta mengalu-alukan penyertaan pihak tuan/puan dalam Program Digital AgTech yang diterajui oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan kerjasama pihak pemegang taruh iaitu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Golongan pengusaha penternakan ayam kini boleh mendapatkan maklumat terperinci berkenaan manfaat daripada potensi penggunaan Sistem Pengurusan Ternakan Digital yang juga dikenali sebagai sistem ‘iPoultry’ dan juga berpeluang untuk dicalonkan sebagai potensi penerima sistem ini tanpa kos, berdasarkan ketersediaan infrastruktur dan jaringan internet.

Untuk maklumat selanjutnya berkenaan sistem ‘iPoultry’ ini, pihak tuan/puan boleh merujuk kepada poster hebahan yang telah dikemukakan dan seterusnya menghubungi pihak kami di Idealogic menerusi talian WhatsApp: +60 18-365 4017.

Terima kasih di atas segala perhatian dan sokongan daripada pihak tuan/puan.



An IoT driven Poultry Operations Management system built on our Digiterrain platform!